// U Smile, I Smile
Music Box ♥

Entries About Linkies


Shout ♥


Teddy Bear ♥



Skype : ikaa_aff
Contact Me : Twitter | Facebook


Le Credits ♥

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Full Edited : Ikaa Aff

Setia Hujung Nyawa
04 January 2013 2 145 Butterfly

Assalamualaikum..


Holaa korang! Sesape ada tngk TV3 setiap hr Isnin smpai Khamis pkul 7? Tau kan, kan? Ala, yg tajuk cerita "SETIA HUJUNG NYAWA" tu. Ha, dh ingt? Best kn drama tu? Rugi sesape tk tngok. Disebabkn semangat gler nk tau cerita ny, on Lappy terus search google. Dan hasilnya... Taraaaaa! 

Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza. Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina? Jom kita tengok ramai-ramai!
Teraju UTAMA Drama SETIA HUJUNG NYAWA
Amar Asyraf dan Nelydia Senrose
*Dua-dua SWEET. Tp, amar dh tunang. Hee ^^
So, Jangan terlepas untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3!  jangan lupa TONTON drama ni! Dah alang-alang esok keluar amik gaji, nk belilah novel FATIN NABILA ny. Hihi ^^ k, bye! (;